♥Guys Help me CLICK THIS. .LOVE U ALL ;D♥

Ahad, 13 November 2011

ERTI SEBUAH KEBAHAGIAAN. .



Ramai orang tersalah sangka tentang maksud kebahagiaan dalam hidup, selalu orang mengaitkan kebahagiaan itu dengan faktor harta, dengan faktor kejayaan. Walaupun itu bole menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya. Betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yg besar, tidur di atas katil yg empuk tetapi kadang-kadang lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk tetapi dia lebih lena berbanding kita. Ada orang berada dihadapannya hidangan makanan yang cukup hebat, lauk pauk yang bagus. Tetapi lidahnya tidak enak, lebih enak lagi orang yg makan kadang-kadang dengan satu atau dua mata lauk sahaja tetapi lebih sedap dan selesa makanannya berbanding kita.

Kata Hamka, lihatlah membahagi-bahagikan nikmat. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar tentu hidupnya bahagia dan tenang. .belum tentu.!


 Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh

mana-mana tangan sekalipun. jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia 

tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. jika ALLAH urusan kita dan ALLAH tidak 

serahkan diri kita. . 

kepada kita, walaupun sekelip mata. Dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak 

boleh mencabar 

kekuasaan ALLAH S.W.T 


Jika ALLAH mengatur kita apa yang orang sangka kita tewas, 

kita akan melihat kemenangnan 

dari sisi ALLAH SWT. Apa yang orang rasa rugi, ALLAH akan

 memberikan keuntungan yg 

mana jalan-jalan yg tidak disangka. Apa yang orang rasa rugi, 

ALLAH akan memberikan 

keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...