♥Guys Help me CLICK THIS. .LOVE U ALL ;D♥

Ahad, 13 November 2011

Takdir atau ketentuan . . .




Takdir atau ketentuan ALLAH S.W.T kadangkala mempertemukan kita dgn sesuatu yg tidak diundang atau yg tidak diinginkan, memberi apa yg tidak dirancang atau yg dimahukan, hingga memaksa kita untuk mengalirkan airmata kesedihan dan kedukaan serta membuatkan kita rasa kehilangan dan patah semangat dalam kehidupan.


Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti penghargaan,menanam nilai kasih sayang,menghadiahkan kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih kesabaran serta kekuatan, serta memberi peluang untk diri menilai ertidan nilai sebenar dunia dan kehidupan. . .

Sesungguhnya ALLAH SWT tidak sesekali menzalimi hamba-hambanya dgn ketentuannya kerana hakikat dia mentakdirkan sesuatu bukanlah sepenuhnya pada kemahuan dan keinginan diri kita, tetapi dia mengurniakan sesuatu mengikut keperluan kita Yakni bersesuaian dengan diri kita. . .

Ingatlah, kita sebagai hambanya seringkali lupa dan alpa bahawa permintaan dan kehendak kita termasuklah juga kemahuan diri kita sebenarnya adakalanya didorong oleh nafsu kita. Maka kesimpulannya, bukanlah ia akan menjadi suatu perkara yang baik seandainya didorong oleh nafsu yang seringkali membuatkan manusia itu sendiri terleka. Terimalah seadanya dan hargainya dengan apa yg telah ditentukannya, semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambanya yang bersabar sentiasa..INSYAALLAH. .


Marilah kita merenung salah satu firmanNya :

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.

 Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan

 mencukupkan (keperluan) Nya.  

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya.

 Sesungguhnya Allah telah 

mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [Ath Thalaaq ayat 3]










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...