♥Guys Help me CLICK THIS. .LOVE U ALL ;D♥

Isnin, 31 Oktober 2011

BACA .BACA .!!



TABIAT BURUK MANUSIA ...





1.      Tabiat yang membahayakan proses hidup manusia termasuklah:
a)     merokok
b)     mengambil dadah
c)     minum minuman keras

2.      Tabiat-tabiat ini mendatangkan bahaya kepada organ badan, contohnya peparu dan otak.
3.      Merokok, mengambil dadah dan minum minuman keras juga memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.


A. MEROKOK

1.    Merokok adalah berbahaya kepada kesihatan.
2.   Apabila perokok merokok, banyak bahan berbahaya
      seperti nikotin, tar dan karbon monoksida masuk ke dalam badannya.
3.   Nikotin adalah bahan beracun yang menyebabkan ketagihan. 
      Perokok menjadi ketagih kepada rokok disebabkan oleh nikotin.
4.    Tar ialah bahan melekit berwarna perang. 
      Apabila tar masuk ke dalam badan, ia akan melekat pada dinding salur udara dan pundi udara dalam peparu. Tar adalah karsinogen dan boleh menyebabkan kanser peparu.
5.    Karbon monoksida adalah gas yang beracun. Ia menghalang sel darah merah membawa oksigen.
6.     Merokok boleh menyebabkan penyakit dan masalah kesihatan seperti:
a)     kanser peparu
b)     batuk yang teruk
c)     penyakit jantung
d)     susah bernafas
7.      Asap rokok mungkin juga membahayakan wanita yang mengandung
       dan juga fetus yang berada dalam kandungan ibunya.
8.   Orang di sekeliling kita yang tidak merokok juga menerima kesan daripada asap rokok. Mereka mungkin menyedut asap secara tidak langsung daripada perokok.
9.  Kerajaan telah memperkenalkan undang-undang melarang dari merokok di tempat-tempat awam seperti di restoren, hentian bas dan tempat membeli belah.


B. MENGAMBIL DADAH

1.      Dadah adalah bahan kimia yang memberi kesan kepada fungsi badan.
2.      Dadah biasanya digunakan oleh doktor untuk mengurangkan kesakitan pesakit.
3.      Kuantiti dadah yang diberikan kepada pesakit adalah berdasarkan pada undang-undang perubatan
4.      Tetapi ada orang yang mengambil dadah untuk keseronokan atau untuk mengatasi tekanan hidup. Cara pengambilan dadah seperti ini adalah bukan atas nasihat doktor
5.      Orang yang mengambil dadah untuk keseronokan atau mengatasi tekanan hidup akan mudah ketagih pada dadah
6.      Seseorang yang tidak boleh berhenti menggunakan dadah dipanggil penagih dadah.
7.      Dadah akan melambatkan gerak balas seseorang terhadap rangsangan.
8.      Seseorang yang mengambil dadah tidak boleh berjalan lurus
9.      Kita boleh membantu untuk tidak menggalakkan merokok dengan menjalankan kempen yang tidak menyokokng tabiat ini.


C. MINUM MINUMAN KERAS

1.      Alkohol adalah bahan yang terdapat dalam minuman keras.
2.      Contoh minuman keras adalah bir, wain dan wiski.
3.   Alkohol memberi kesan kepada sistem saraf dan melambatkan gerak balas badan terhadap rangsangan
4. Pemandu yang mabuk tidak sepatutnya memandu kerana mereka mempunyai pertimbangan yang kurang dan akan bertindak dengan perlahan selepas minum minuman keras. Mereka akan menyebabkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain jika mereka memandu.
5.    Dari segi kesihatan, minum terlalu banyak minuman keras dalam tempoh masa yang lama akan merosakkan sel-sel hati. Ia akan menyebabkan penyakit hati, kanser dan juga kematian.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...